Hatiku tergerak tuk "post" email dr sahabatku SYAZA KHAIRUL ASWAD....maafkan pia sya tp niat pia sekadar utk berkongsi pada sesiapa yang masih mempunyai Ibu dan ayah....
Syaza Khairul Aswad....kau seorg yg tabah dlm mengharungi hidup ini...xboleh aku bayangkn hidup tanpa seorg IBU...tapi kini kau mampu utk trs maju trs begerak menjadi penyuluh hidup adik2mu...kekosongan itulah yg menjadi kesempurnaan hidupmu...di sebalik gelak tawa kami nampak kesedihan di wajah sayu mu...aku nampak kau termenung senyap di dlm hati aku tahu kau rindukan ibu mu...teruskan berdoa jgn pernah jemu...ingin kami sama2 menemani mu menziarahi pusara ibumu..usah ragu usah pilu kami ada d sisimu trs menyokong dan membantumu sahabatku...setiap kali memandang wajahmu aku trsa sayu..hati slalu berkata kata...tabah sungguh kau menghadapi hidup ini sahabatku.
Buat kawan2 semua jgn kita lupa pada insan yg membesarkan kita..hargailah mereka selagi bernyawa jgn d sesali hidup ini...tunjukkan kasih sayang kita..
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. ( Al-i`Imran : 145)
CIUM PIPI IBU SEBELUM CIUMAN TERAKHIR
sebagai peringatan buat kita yang masih mempunyai ayah dan ibu...hargailah mereka sebaiknya sebelum kita terlambat... ..sebelum mereka pergi meninggalkan kita... atau kita pergi meninggalkan mereka... wallahua'lam. ...
CIUM PIPI IBU SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.... .
IBU aku meninggal 15/2/2009..12.20 pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian ibu amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan abah yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di cc mereka.
Syukur, ibu meninggal dipelukan abah yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... ibu memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....
sambil
mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh ibu ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah ibu lebih dari seratus orang...syukur IBU dikebumikan dengan selamat.
Sehari sebelum kematian ....
sempat berbual dengan ibu. ibu kata kalau nak beli kereta tunggulah cukup duit. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu ibu masih sihat...
apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan ibu masa tu.Tapi macam tak sangka. ibu hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci.ibu cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa ibu lagi.
Aku memandikan ibu......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka ibu, aku mencium dahi....pipi kanan....pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium ibu.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.
Ya Allah..tuhan segala alam...
abah mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian ibu yang tercinta. abah hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong......setelah 23 tahun hidup bersama ibu......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang ibu. ibu seorang periang..... . sabar.. dan suka mengajar memberi nasihat....Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada ibu secara terus terang.Memang sayang ibu... cuma... dengan ibu saya hormat dan memendam kasih saya.....
Kelmarin,
aku baca dairi ibu.Tak sangka ibu pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya dan abah. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli scooter.
Tapi ibu catat..27 march 2007..syaza beli kereta scooter silver vs150.....ibu catat setiap kali dia membuat segala tentang anak-anaknya menangis kami semua
bila baca dairi tue....
ibu sayang anaknya.....
tak pernah tunjuk...
sebab ibu lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ibu hanya banyak cakap pasal ilmu dan berkenaan anak-anaknya sahaja.
Ada kawan ofis ibu baru nie cakap " Ibu kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang belajar. Dia bangga ada macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir...aku...bukan anak yang baik.
ibu memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota ibu
yang terbaru.....
catatan terakhir yang ibu tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"
... ibu gariskan perkataan ingat kubur....dan kami bersyukur bahawa ibu sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. ibu memang suka bunga..pantang nampak bunga pasti nak bawak balik rumah .... ..
YaALLAH....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpa ibu......baru bercadang nak bina rumah dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah ibu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..ibu meninggal l5hb...Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk ibu.
Tok Imam ada cakap kat kami....
"kubur ibu dikorek...pastu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."
"ibu kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"
"ibu kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...
perkara itulah menyedapkan hati kami....untuk jadi seperti ibu....
YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat ibu masih segar...
"Wahai WAN ZINI BINTI WAN JAAFAR...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"
dan,
kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya. ...
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .
isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.
Cuma...
aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja
setelah terlupa dgn nikmat Allah..
Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar.....
Cium pipi IBU sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan... .
INGAT KITA SAHABAT SAMPAI MATI
0 CeLoteH ChiT cHaT:
Post a Comment