29 Julai 2011 - 29 Julai 2013
DUA TAHUN KINI...
Assalamualaikum Anak Mama Nur Danish Aniq
bila besar jadilah org beriman,
jadilah org bertakwa,
taat penciptamu iaitu ALLAH azawajjalla,
ikut sunnah nabimu, Muhammad saw,
patuh kata mamamu, dengar kata papamu,
dan jadilah org yg berguna dalam kalangan manusia,
sesungguhnya,
bukan senang mamamu mengandungkan kamu,
TAPI
atas nama AMANAH,
atas nama CINTA,
atas nama KASIH,
atas nama sebuah PENGORBANAN,
Mamamu redha, mamamu pasrah dan mamamu sanggup mghadapi apa jua rintangan demimu sayang.
SEMOGA ALLAH PELIHARA ZURIAT MAMA INI,
Sehingga dapat mama mengucup dahimu hingga ke akhirnya,
memeluk erat tubuhmu,
mengajar kamu mengenal ALLAH dan rasulNYA,
mengajar kamu mengenal ALLAH dan rasulNYA,
dan membesarkan kamu utk menjadi manusia yg boleh berbakti pada
AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
AMIN YA RABBA
Sedikit nukilan buatmu anakanda moga suatu masa nanti & semoga ALLAH panjangkan usiamu dengan harapan kamu boleh membaca yang mama tinggalkan buat kamu...
Selamat Hari Lahir Anakanda Mama Nur Danish Aniq yang ke DUA Tahun.. Seindah namamu sayang, hiasi dunia ini dengan kehidupan yang baik dgn amal ibadah yang akan membawa kamu ke syurga Allah.. Sayang mama, jadilah anak yang baik, jadilah anak yg taat pada perintah Allah swt jadilah anak yang soleh yg sentiasa mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan kedua ibubapa mu..Membesarlah kamu dengan amalan yang baik..
Anakanda mama, kamu anugerah & rahmat terindah buat mama & papa.. Mengandungkan kamu melahirkan kamu satu pengalaman yg sgt bermakna dalam hidup mama & tidak mungkin sesaat pun mama melupakannya.. Mama akan cuba & terus mencuba utk menjadi mama yang terbaik buat kamu yang akn terus mendidik kamu tnpa kenal rasa jemu..Itu Janji mama di hari pertama mama disahkan mengandungkan kamu di ketika itu kamu 6 minggu di rahim mama..Mama & Papa insan paling bahagia bila membayangkn hidup kami akan ada kamu di sisi..
Anakanda mama Nur Danish Aniq, mama mahu kamu tahu yang mama & papa sgt sayang & cinta kamu.. Selamat Hari Lahir.....
Nur Danish Aniq bin Hadzizi Noor |
My Little Family |
notanote: hari lahir 1 tahun dalam bulan ramadhan kali ini hari lahir ke 2 pun dibulan ramadhan.. Ambiklah peluang ini untuk terus berdoa pada Allah in shaa Allah doa di bulan mulia ini sgt mujarab...
3 CeLoteH ChiT cHaT:
happy besday danish!
SELAMAT TENGAHARI
ANUM BR LEPAS HBS EXAM
SINGGAH SINI LU
CUTENYA DIA
happy birthday nur danish aniq!
dah besar dah kamu.be a good boy to mummy & daddy yer & semoga panjang umur & murah rezeki.:-)
Post a Comment